4.1 Faktor Endogen
Faktor endogen adalah merujuk kepada faktor atau sifat
yang dibawa oleh seseorang individu sejak dalam kandungan ibu hingga kelahiran.
Ia juga dikenali sebagai faktor keturunan atau pembawa seperti faktor baka,
pemakanan, kesihatan ibu, merokok dan pengambilan dadah dan alkohol.
Menurut L. Derville (1979), baka merupakan keseluruhan
ciri-ciri mental dan fizikal yang telah diwariskan dari segi biologi daripada
ibu bapa kepada anak-anaknya. J.A Thomson juga memberi penjelasan baka sebagai
satu istilah yang menyatakan hubungan genetii di antara manusia. Ciri-ciri
mental dan fizikal adalah seperti tinggi, bentuk badan, temperamen warna kulit
dan mata.
Pengambilan zat makanan yang seimbang semasa ibu
mengandung amat penting bagi kesihatan fetus.Makanan yang seimbang ialah
makanan yang mengandungi zat kanji, protein, karbohidrat, lemak dan zat galian.
Zat makanan yang tidak seimbang akan menyebabkan saiz otak janin kecil dan
menghalang perkembangan intelektual kanak-kanak.
Menurut hasil dapatan kajian Joffe (1969) dan Bobson
(1980), berat badan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghisap rokok semasa
mengandung adalah kurang daripada bayi yang ibunya tidak merokok. Tambahan
pula, karbon monoksida yang disedut akan meningkatkan kendungan karbon dalam
hemoglobin ibu dan mendatangkan kesan yang buruk kepada bayi. Hal ini akan
menyebabkan pengurangan pengoksidaan darah dan menyebabkan kecatatan otak serta
ukuran lilitan kepala yang kurang.
4.2 Faktor Eksogen
Faktor eksogen adalah merujuk kepada faktor yang datang
dari luar individu. Contoh faktor eksogen adalah seperti faktor pemakanan, faktor
keluarga, faktor rakan sebaya, faktor sekolah, faktor tempat tinggal dan faktor
media elektronik dan sebaran am.
Selain itu, status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau
tinggi akan mempengaruhi perkembangan intelektual dan fizikal kanak-kanak ke tahap
optimum. Hal ini disebabkan ibu bapa mereka berupaya membekalkan makanan yang
cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada
anak-anak mereka. Selain itu, kanak-kanak yang diasuh dan dididik dengan cara
yang betul dapat memperkembangkan potensi, tingkah laku dan emosi dengan
sempurna. Cara asuhan yang efektif seperti autoritatif, iaitu memberi kebebasan
dengan batasan tertentu kepada kanak-kanak untuk berkembang dapat membentuk
kanak-kanank yang berdikari, mudah berkawan dan harga diri yang tinggi.
Rakan sebaya yang dimaksudkan sini adalah kumpulan
individu yang mempunyai tingkat umur yang sama atau lebih kurang sama dengan
kanak-kanak. Biasanya, kanak-kanak mempunyai minat dan tahap kecerdasan yang
lebih kurang sama dengan rakan sebaya mereka. Faktor rakan sebaya akan
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak
dari aspek intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Kanak-kanak akan dapat
mempelajari kemahiran seperti kemahiran bersosial, menghormati hak individu
lain dan mematuhi peraturan kumpulan untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat.
Tempat tinggal
merupakan faktor yang akan mempengaruhi budaya, tingkah laku dan gaya kehidupan
seseorang kanak. Contohnya, kanak-kanak yang tinggal di kawasan bandar,
kanak-kanak akan berhadapan dengan masyarakat yang kurang mesra berbanding
dengan masyarakat di luar bandar. Hal ini turut mempengaruhi nilai serta
pandangan hidup seseorang kanak.
没有评论:
发表评论