2014年1月16日星期四

PERNYATAAN PROFESIONAL PBS

 Saya _________________________ akan menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pada ______ hingga ___ di ______. Program PBS ini memberikan peluang kepada saya untuk mendedahkan diri kepada pengurusan sebenar di sesebuah sekolah rendah. Dengan ini, saya akan menyenaraikan perkara-perkara yang bakal saya lakukan di sekolah semasa menjalani program PBS saya. Antara perkara-perkara yang patut saya capai semasa menjalani PBS di sekolah tersebut adalah seperti berikut :

1.     Menemu ramah guru besar / pentadbir  sekolah ini bagi mengetahui keadaan sekolah bukan sahaja dari segi akademik murid-murid  malah pengurusan sesebuah sekolah itu.

2.     Menemu ramah kerani / staf sekolah bagi mengetahui pentadbiran sekolah dan memperolehi maklumat berkaitan sekolah daripada kerani / staf sekolah ini.

3.     Memerhati aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah ini dan mencari maklumat tentang rasional aktiviti tersebut dijalankan.

4.     Mengambil gambar / video / rakaman infrastuktur serta kemudahan yang terdapat di sekolah ini dan memerhati bagaimana infrastuktur tersebut mendatangkan faedah kepada murid sekolah ini.

5.     Menjalani Ujian Konservasi Piaget ke atas 6 orang pelajar bagi menganalisi perkembangan kognitif kanak-kanak daripada pelbagai peringkat.

6.     Menemu ramah kakitangan sekolah untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci tentang sekolah itu.

7.     Memerhati bagaimana seseorang guru itu mengendalikan satu waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas berasaskan KSSR Tahun Dua.


Saya berharap  dapat melaksanakan perkara-perkara yang disenaraikan di atas supaya saya dapat mencapai objektif program PBS yang telah dirancang
.


Yang benar,                           Disahkan Oleh




……………                                                                            ..........................
(         )                                                               (             )
 

没有评论:

发表评论