2014年1月16日星期四

Konsep Fitrah Manusia



1.1 Pengertian Fitrah Manusia
Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli falsafah mengenai takrifan fitrah. Secara lebih khusus, istilah fitrah telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah:
Perkataan fitrah berasal dari Bahasa  Arab yang membawa maksud sifat, asal kejadian, kesucian, bakat atau tabiat.
Menurut Aa Gym (2005), beliau berkata bahawa fitrah merupakan tabiat yang suci dan asli yang dibawa manusia sejak lahir dan belum pernah disentuh atau diubah. Beliau berpendapat bahawa fitrah merupakan suatu pemberian atau anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada manusia sama ada dalam bentuk fizikal atau mental yang merangkumi aspek potensi, bakat semula jadi, keupayaan mental dan fizikal.

1.2 Fitrah Manusia Mengikut Perspektif Agama
            Kebanyakan agama di dunia ini percaya bahawa manusia dilahirkan ke dunia dengan sifat-sifat yang baik. Sifat-sifat yang baik ini adalah kejadian yang diciptakan oleh Allah s.w.t di muka bumi ini. Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan adalah untuk membezakan manusia daripada makhluk-makhluk lain yang ada di muka bumi ini.
            Dengan ini, agama Islam percaya manusia mempunyai keperluan-keperluan tertentu mengikut fitrah kejadiannya iaitu kehidupan beragama dan manusia sebagai Khalifah Allah.
Dengan mengenali PenciptaNya, manusia akan berasa syukur terhadap keunikkan kejadian manusia dan menghargai setiap bakat, kebolehan dan keistimewaan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t.

1.3 Fitrah Kejadian Manusia Dan Kaitannya Dengan Potensi
            Potensi seseorang individu berkembang sejak manusia dilahirkan. Perkembangan potensi seseorang individu dipengaruhi oleh persekitaran keluarga dan masyarakat. Hal demikian kerana potensi berkaitan dengan fungsi hidup seseorang manusia yang normal untuk berkembang, selaras dengan fitrah manusia dijadikan di dunia ini.

1.4 Fitrah Kejadian Manusia Dari Perspektif Biologi
Fitrah manusia daripada perspektif biologi dibahagikan kepada dua aspek iaitu baka dan persekitaran. Ia menyumbang kepada pembentukkan personality dan tingkah laku seseorang.

没有评论:

发表评论